mdroji@bh.com.my
s: runtuh-o
H:
With pix
Kuching: Suasana meriah sambutan Aidilfitri di sebuah rumah di Kampung Goebilt di sini bertukar cemas apabila lantai rumah terbabit runtuh, hari ini.
Difahamkan, ketika kejadian kira-kira jam 11 pagi itu, seramai 10 orang sedang beraya di rumah terbabit.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 11.10 pagi.
Beliau berkata, Pasukan Bomba Sukarela (PBS)
memberi respon awal sebaik menerima maklumat kejadian itu sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tabuan Jaya ke lokasi kejadian.
“Setibanya di lokasi didapati lantai ruang tamu rumah bertiang jenis tidak kekal telah runtuh.
“Empat orang iaitu dua wanita dan dua lelaki mengalami kecederaan dan dikejarkan ke Hospital Umum Sarawak (HUS) sebelum bomba tiba,” katanya.
Menurutnya, enam orang lagi selamat tanpa sebarang kecederaan dalam kejadian itu.
“Anggota bomba membuat pemeriksaan pada struktur bangunan dan mendapati keadaan kediaman itu masih selamat diduduki,” katanya.
© New Straits Times Press (M) Bhd




