Lapan anggota tentera terbunuh dalam serangan di Burkina Faso – Utusan Digital

Lapan anggota tentera terbunuh dalam serangan di Burkina Faso – Utusan Digital

OUAGADOUGOU: Lapan anggota tentera terbunuh dalam serangan bersenjata terhadap penempatan mereka di Yirgou, wilayah Sanmateng, Burkina Faso, lapor televisyen pemerintah.

Menurut sumber yang sama, serangan itu berlaku sekitar pukul 5 pagi waktu tempatan pada hari Isnin dan mensasarkan kedudukan ketenteraan di Yirgou.

Dua tentera lain cedera dalam serangan itu.

Operasi mencari penyerang sedang dijalankan. -AFP

Scroll to Top