Lapan kanak-kanak diselamatkan dalam kejadian kepala air di Cameron Highlands

Lapan kanak-kanak diselamatkan dalam kejadian kepala air di Cameron Highlands

am@hmetro.com.my

Cameron Highlands: Lapan kanak-kanak lelaki berdepan detik cemas selepas terperangkap dalam kejadian kepala air di Sungai Menson, Kuala Terla di sini sebelum diselamatkan bomba, petang tadi.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang Mohd Salahuddin Isa berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 5.10 petang apabila kanak-kanak berusia antara empat hingga 12 tahun itu gagal menyeberangi sungai akibat peningkatan paras air secara mendadak.

Katanya, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Cameron Highlands tiba di lokasi pada jam 5.47 petang dan mendapati semua mangsa di atas batu di tengah sungai.

“Kesemua mangsa berjaya diselamatkan tanpa mengalami sebarang kecederaan,” katanya dalam kenyataannya, hari ini.

Katanya, operasi itu turut dibantu pasukan polis.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top