Laporan peruntukan kepada MSN ‘lesap’ tidak benar – MSN

Laporan peruntukan kepada MSN ‘lesap’ tidak benar – MSN

MSN menjelaskan peruntukan itu digunakan untuk membuat bayaran kepada atlet dan jurulatih. – Foto: Agensi

MAJLIS Sukan Negara (MSN) menjelaskan, Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 2022 pada 22 November mengenai wang sebanyak RM1.47 juta yang diperuntukkan kepada MSN ‘lesap’ adalah tidak benar.

MSN menerusi kenyataan memaklumkan pihaknya dan Institut Sukan Negara (ISN) telah menggunakan wang itu untuk membuat pembayaran kepada pihak berkaitan seperti atlet, jurulatih, penyedia perkhidmatan sains sukan, perolehan alatan dan alat ganti, selain penyaluran geran kepada Persatuan Sukan Kebangsaan (PSK).

“Kenyataan tersebut adalah tidak benar kerana tiada peruntukan yang ‘lesap’,” menurut kenyataan itu.

Dalam pada itu, MSN turut menjelaskan mengenai LKAN 2022 dalam Perenggan 5.2.1.d. Maklumat Penemuan yang melaporkan bahawa terdapat Perbelanjaan Tiada Dalam Skop yang Diluluskan oleh MSN yang berjumlah RM1.26 juta.

Scroll to Top