Larang ambil awal, Fatin Afeefa dedah anak2 ‘berlumba’ khatam Al-Quran

Larang ambil awal, Fatin Afeefa dedah anak2 ‘berlumba’ khatam Al-Quran

Pelakon, Fatin Afeefa mendedahkan kedua-dua anaknya iaitu Adam Aisy Arrian dan Ivy Herra Sophia kini sedang dalam proses khatam Al-Quran dan perkara itu diberitahu menerusi sesi siaran langsung di TikTok, semalam.

Pendedahan itu dibuat apabila salah seorang peminat bertanya di ruangan komen tentang keberadaan anak lelakinya lalu memberitahu kini sedang mengaji bersama adiknya, Ivy Herra Sophia.

“Anak-anak saya sekarang tiada di rumah. Mereka pergi mengaji. Pukul 10 malam nanti baru balik, dari waktu Isyak tadi,”jawabnya.

Tambah pemilik nama Fatin Nur Afifah Shamsudin, anak-anaknya terutama si sulung, Arrian melarang dia mengambil mereka daripada tempat mengaji sebelum pukul 10 malam.

Jelas selebriti berusia 28 tahun, mereka melarangnya berbuat sedemikian kerana mahu memastikan hasrat untuk khatam al-Quran sebelum berakhirnya tahun 2022.

Pun begitu, Fatin Afeefa menegaskan bahawa mereka berdua berkemungkinan tidak akan sempat untuk khatam al-Quran memandangkan masing-masing baru sahaja masuk ke juzuk kesebelas.

“Mereka berdua sedang berlumba nak khatam al-Quran. Sebab itu mereka tak bagi saya ambil balik mengaji awal.
“Arrian pula sebab Ivy dah lebih beberapa surah daripada dia, jadi dia nak kejar balik,”ceritanya.

Dalam pada itu, dia yang juga seorang penyanyi mengatakan akan memastikan kedua-dua anaknya menghafaz al-Quran pada masa akan datang selain mendapat ilmu agama secukupnya.

Katanya, buat masa sekarang biarlah kedua-dua anaknya fokus untuk khatam al-Quran terlebih dahulu.

Sedar info, Fatin pernah mendirikan rumah tangga bersama aktor, Adam Shahz pada tahun 2013 dan disahkan bercerai pada 2017. Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan seorang anak perempuan Ivy yang kini berusia tujuh tahun.

Malah, Fatin yang pernah popular dengan filem Tentang Bulan pernah menegaskan anak sulungnya, Arrian merupakan zuriatnya yang sah dan bukanlah anak luar nikah seperti dakwaan ramai.

Sumber: Ohbulan