Larangan majlis resepsi di Kelantan

Share on facebook
Share on twitter
Share on email
Share on whatsapp

Kota Bharu: Penganjuran majlis perkahwinan, pertunangan dan resepsi di Kelantan tidak dibenarkan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB). Keputusan itu diambil oleh Bahagian Undang-Undang Keluarga, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JAHEAIK).

Tengku Kamaruddin Tengku Alias, Timbalan Pengarah (Pengurusan) JAHEAIK berkata, arahan itu berkuat kuasa mulai semalam (22 Nov) hingga PKPB ditamatkan.

Manakala majlis akad nikah masih dibenarkan dengan mengikuti prosedur operasi standard (SOP) dan syarat-syarat ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Tambah beliau syarat yang perlu dipatuhi adalah majlis akad nikah dilaksanakan di premis persendirian, masjid, surau atau seumpanya dengan boleh dihadiri oleh 20 orang tetamu sahaja termasuk seorang jurunikah, pengantin, wali dan saksi.

Katanya lagi, kursus praperkahwinan turut ditangguhkan dan perkhidmatan khidmat nasihat atau rundingcara hanya dijalankan secara dalam talian ketika dihubungi Bernama hari ini.

Malay News
Farah Fauzi