Pempengaruh media sosial, Marissa Dania sekali lagi mencuri perhatian ramai apabila tular video momen manja bersama ibunya, penyanyi dan pelakon terkenal, Abby Abadi.
Menerusi perkongsian di Instagram (IG) milik Abby, video tersebut memaparkan gelagat mesra ibu dan anak itu yang cukup menyentuh hati warganet.
Marissa yang tampil manis mengenakan jubah dan tudung labuh berwarna hitam kelihatan ‘bersandar’ kepada tubuh ibunya penuh kasih sayang.
Dalam video berkenaan, Marissa turut menitipkan ucapan ringkas namun penuh makna buat Abby.
“Sihat-sihat terus ya Mama, I love you always,” tulisnya ringkas.
Ucapan itu nyata menyentuh hati ramai, termasuk Abby sendiri yang membalas dengan pesanan penuh kasih sebagai seorang ibu.
“Adik jaga diri baik-baik ok… Apa-apa lari kat Mama,” tulis Abby dalam kapsyen.
Sebelum ini, Abby enggan mengulas isu membabitkan Marissa, malah meminta peminat di luar sana sentiasa mendoakan kesejahteraan mereka.
Terdahulu, isu rumah tangga membabitkan Aslam, Marissa Dania Hakim dan madunya, Umisya Mazlan menjadi topik perbincangan hangat dalam kalangan netizen selepas mereka dilihat saling berbalas kenyataan di media sosial.
Enggan berdiam diri, Abby pula tampil mempertahankan anak perempuannya itu.
Sekdar info, Marissa dan Aslam selamat bergelar pasangan suami isteri di Songkhla, Thailand pada Disember 2023 tanpa pengetahuan keluarga.
Artikel Berkaitan: “Itu Pilihan Dia, Biar Dia Lalui Sendiri”- Abby Abadi Enggan Campur Urusan Rumah Tangga Marissa Dania




