Penyanyi terkenal, Wany Hasrita sememangnya jauh dari sebarang kontroversi lebih-lebih lagi sejak bergelar isteri kepada Mohd Al-Adib Fahmi.
Dikhabarkan penyanyi berkenaan sedang berbadan dua selepas beberapa video terlihat baby bump tular di media sosial.
Namun, video perjalanannya ke Jepun yang dikongsikan di aplikasi TikTok baru-baru ini lebih menarik perhatian netizen kerana tindakan sweet dia dan pasangan ketika bertemu di lapangan terbang.
@wanyhasrita From Japan with love. 🥹
Paling mencuit hati sudah tentu reaksi netizen yang terlupa bahawa pelantun lagu Menahan Rindu itu sudah pun berumah tangga dengan seorang juruterbang sekitar Julai tahun lalu.
Menjengah ke ruangan komen, kebanyakan mereka tidak mengetahui bahawa Wany sudah berkahwin dan akui terkejut apabila dia berlari serta memeluk lelaki dihadapannya.
Mereka yang masih single juga mengakui iri melihat ‘keromantisan’ Wany dan suami yang begitu sweet sehingga membuatkan yang menonton tersenyum.
Untuk rekod, Wany Hasrita telah mengumumkan bakal bernikah beberapa jam sebelum majlis berlangsung dan perkara itu benar-benar mengejutkan banyak pihak.
Walau bagaimanapun, ramai yang mendoakan kebahagian penyanyi berkenaan dan mengakui suka dengan caranya yang langsung tidak mengumbar-umbarkan kisah cinta di media sosial sebelum sah bergelar suami isteri.
Sumber: TikTok Wany Hasrita