“Lawak Tak Kena Tempat!” – Nabil Ahmad Dikecam

“Lawak Tak Kena Tempat!” – Nabil Ahmad Dikecam

Oh! Artis

Nabil Ahmad dikecam selepas cara temubualnya dengan Zizi Kirana dianggap biadab dan tidak sensitif.


Pelakon dan penyampai radio terkenal, Nabil Ahmad sekali lagi jadi bualan hangat netizen selepas tindakannya ketika menemubual penyanyi serta sukarelawan Global Sumud Flotilla (GSF), Zizi Kirana, dianggap tidak sensitif dan biadab.

Klip temubual yang tular di media sosial menunjukkan Nabil membuat jenaka ketika Zizi sedang berkongsi detik getirnya berdepan tentera Israel (IDF) dalam misi kemanusiaan ke Gaza baru-baru ini. Ramai yang merasakan lawak itu langsung tak kena tempat dan menjejaskan suasana serius perbualan tersebut.

Jenaka Nabil yang dianggap melampau…

Menurut satu posting tular di Threads, tindakan Nabil itu dikatakan tidak wajar kerana Zizi sedang bercakap tentang pengalaman traumatik yang jelas memerlukan rasa empati dan hormat.

Tak kelakar pun. Sepatutnya Nabil belajar cara kendalikan temu bual dengan lebih beradab, bukan buat main hal serius macam ni.- Tulis seorang pengguna.

Netizen tuntut profesionalisme Nabil Ahmad sebagai penyampai radio…

Nabil Ahmad

Rata-rata netizen di ruangan komen menyokong Zizi dan menegur sikap Nabil yang disifatkan tidak peka terhadap perasaan tetamu. Ramai juga yang menggesa stesen radio terlibat memberi latihan komunikasi dan etika penyiaran kepada Nabil supaya lebih sensitif dengan topik berat seperti isu kemanusiaan dan trauma perang.

Setakat ini, Nabil masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi berhubung perkara ini. Namun, isu ini terus mencetuskan perbincangan hangat tentang tanggungjawab personaliti media dalam menjaga sensitiviti ketika mengendalikan tetamu yang melalui pengalaman pahit.

Pssttt! Kalau korang bekerja dalam dunia media, bukan semua perkara boleh dijadikan bahan lawak. Ada masa kita perlu tahu bila nak ketawa, bila nak diam dan beri ruang pada orang lain untuk bercerita. Empati tu penting, sebab satu kata kita boleh buat orang lain terasa atau terluka.

Kredit: Threads
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

author avatar

Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Scroll to Top