Layan Menantu Dengan Baik, Netizen Puji Sheila Rusly Ada ‘Class’ – “Dulu Tengok Dia Macam Red Flag”

Layan Menantu Dengan Baik, Netizen Puji Sheila Rusly Ada ‘Class’ – “Dulu Tengok Dia Macam Red Flag”

Pelakon dan pengarah, Sheila Rusly menerima pujian netizen selepas sikap dan caranya melayan menantu mencuri perhatian ramai.

Menerusi perkongsian di Threads, individu wanita ini mendakwa Sheila seorang yang memeiliki sifat ‘red flag’ susulan sikap garang dan tegas yang ditunjukkannya.

Bagaimanapun, persepsi itu berubah apabila individu tersebut melihat bagaimana Sheila melayan menantu dan cucunya dengan penuh kasih sayang.

“Sebelum ni aku tengok Sheila Rusly ni red flag. Macam-macam story muncul kan dengan garangnya.

“Tapi bila dia dah jadi mentua, aku tengok video-video tu dia layan menantu dia dengan baik,” katanya.

Dalam pada itu, individu berkenaan turut membandingkan sikap Sheila dengan segelintir mentua lain yang sering melabel menantu mereka sebagai pemalas.

Siap masakkan lagi untuk menantu. Kau ada? Kena label menantu pemalas ada lah kan?

“Dia punya seronok layan cucu-cucu dia. Class Sheila Rusly,” jelasnya.

Sedar dengan pujian yang diberikan, ibu kepada dua orang cahaya mata itu tampil membalas hantaran berkenaan.

“Masyaa-Allah Tabarakallah,”tulisnya ringkas.

Scroll to Top