Lazada Run Wellness Festival himpun lebih 1,000 peserta, diiktiraf MBOR

Lazada Run Wellness Festival himpun lebih 1,000 peserta, diiktiraf MBOR

asrizal.aris@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Lazada Malaysia meraikan ulang tahun ke-14 operasinya di negara ini dengan penganjuran sulung Lazada Run Wellness Festival yang menghimpunkan lebih 1,000 peserta pada satu malam, di Rooftop Garden di LaLaport, baru-baru ini.

Menerusi acara itu, Lazada Malaysia menerima pengiktirafan daripada Malaysia Book of Records (MBOR) bagi kategori Penyertaan Teramai dalam Acara Mematahkan Glow Stick Secara Serentak.

Sepanjang festival berlangsung, pelbagai aktiviti dan cabaran menarik disediakan untuk peserta, sekali gus menceriakan suasana acara.

Antara yang menjadi tumpuan ialah Neck Pro Gladiator Ring, TT Racing Obstacle Course, Brooks Tower Toss dan NANOVET Farmer Carry, selain aktiviti santai seperti Air Ping Pong serta cabaran Jump for Rewards.

Ketua Operasi Am Lazada Malaysia, Kevin Yap berkata, Lazada Run Wellness Festival mencerminkan komitmen pihaknya mencipta pengalaman, bukan sahaja di platform beli-belahnya, malah komuniti masyarakat.

“Ia membabitkan peserta larian, jenama yang dipercayai dan komuniti setempat.

“Dalam bulan Ramadan, semangat hubungan seperti ini terasa lebih istimewa dan lebih bermakna,” katanya.

Menurutnya, menjelang waktu berbuka, peserta berkumpul untuk berbuka puasa bersama dalam suasana penuh kemesraan dan kebersamaan.

Katanya, acara kemudian mencapai kemuncaknya apabila para peserta bersama-sama mematahkan glow stick secara serentak.

Berbekalkan sokongan lebih 12 kelab larian, penganjuran yang pada awalnya menghimpunkan komuniti larian itu kemudiannya berkembang menjadi sebuah festival berskala besar, sekali gus mencerminkan minat rakyat Malaysia yang semakin meningkat terhadap pengalaman yang menyatukan gaya hidup aktif, hubungan komuniti dan semangat kekitaan.

Selain Lazada Run Wellness Festival, Lazada Malaysia turut memeriahkan sambutan ulang tahunnya menerusi Lazada Birthday Blast, iaitu kempen beli dan menang yang berlangsung sehingga 31 Mac 2026.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top