ANAK syarikat milik penuh Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Kwasa Land Sdn Bhd (Kwasa Land), pada Rabu menandatangani Perjanjian Hak Pembangunan (DRA) bersama LBS Bina Group Berhad (LBS) menerusi LBS Kwasa Damansara Sdn Bhd.
Pengarah Urusan Kwasa Land, Datuk Adenan Md Yusof berkata, pihaknya berbesar hati menjalinkan kerjasama dengan LBS, sebuah pemaju yang mempunyai rekod pencapaian cemerlang dalam pembangunan projek berkualiti berteraskan komuniti.
âKerjasama ini menandakan satu langkah progresif dalam merealisasikan aspirasi menjadikan Kwasa Damansara sebagai sebuah perbandaran lestari untuk menampung pertumbuhan pesat populasi bandar.
âDengan reka bentuk yang bersepadu dan strategik termasuk akses mudah ke stesen MRT, kami yakin projek ini akan menyumbang secara signifikan kepada daya tarikan serta nilai jangka panjang perbandaran ini,â katanya.
Sementara itu, menurut Pengerusi Eksekutif Kumpulan LBS, Tan Sri Ir Dr Lim Hock San, kerjasama tersebut merupakan pencapaian penting dalam misi berterusan LBS untuk membangunkan komuniti kediaman berkualiti dan mengutamakan daya huni jangka panjang.
âBerbekalkan rekod prestasi kukuh dan pengalaman luas dalam pembangunan perbandaran, kami komited untuk mengoptimumkan nilai hartanah melalui pembangunan kejiranan mampan sejajar dengan keperluan pembeli masa kini.
âPembangunan strategik ini dijangka dapat mengukuhkan prestasi dan kedudukan kewangan pada masa hadapan, di samping mempelbagaikan portfolio kami dengan penawaran berimpak tinggi dan eksklusif,â katanya.

Adenan (dua dari kiri) dan Pengarah Urusan merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan LBS, Datuk Wira Lim Hock Guan (kanan) selepas menandatangani DRA.Turut kelihatan Hock San (dua, kanan) dan Pengurus Besar Kanan Perkhidmatan Korporat Kwasa Land, Nor Hazqiah Che Idris.
Beliau turut menekankan bahawa peluang berkenaan sejajar dengan Strategi 8 x 8 Kumpulan yang akan memacu LBS ke tahap lebih tinggi menerusi komitmen terhadap inovasi, kemampanan dan pembangunan komuniti berteraskan rakyat.
Menerusi DRA, LBS Kwasa Damansara diberi hak eksklusif untuk membangunkan 11 âparcelâ tanah pegangan bebas berkeluasan 77.8 hektar di Kwasa Damansara, Petaling Jaya, Selangor dengan nilai pembangunan kasar (GDV) sebanyak RM8.3 bilion.
Projek pembangunan yang dijangka dilaksanakan secara berfasa dalam tempoh 14 tahun itu bakal menampilkan sebanyak 2,922 unit kediaman, merangkumi gabungan seimbang antara kondominium bertingkat rendah, sederhana dan perumahan.
Reka bentuk pembangunan tersebut dirangka khusus bagi memenuhi kepelbagaian keperluan pasaran dan aspirasi gaya hidup masa kini, serta disokong oleh pembangunan infrastruktur asas selaras dengan pelan induk yang diluluskan.
Hak pembangunan bernilai RM1.216 bilion itu, yang sebahagian besarnya merangkumi kos keseluruhan tanah bagi projek, mencerminkan potensi pelaburan jangka panjang perbandaran Kwasa Damansara.
âPJ Westâ juga bakal menempatkan âKwasa Community Forestâ, iaitu sebuah kawasan hutan hijau yang dicadangkan sebagai tempat perlindungan semula jadi subur terletak di puncak tertinggi perbandaran ini.
Dengan inspirasi sebagai sebuah bandar contoh untuk urusan perniagaan, gaya hidup dan rekreasi, Kwasa Damansara akan menampilkan lebih 101 hektar kawasan hijau merangkumi sembilan taman, dilengkapi lebih 25 kilometer laluan berbasikal dan pejalan kaki.
Ia turut bakal menempatkan 25,000 unit kediaman baharu termasuk 10,000 unit rumah mampu milik dan tanah yang diperuntukkan bagi pembinaan 15 sekolah baharu.
Setakat ini, Kwasa Land telah menandatangani kerjasama dengan 17 Rakan Pembangunan yang telah dianugerahkan hak pembangunan bagi 393.8 hektar dalam kawasan perbandaran berkenaan.
Ia mewakili 73 peratus daripada keseluruhan tanah boleh niaga seluas 538.6 hektar, dengan GDV yang dianggarkan hampir mencecah RM40 bilion.