PEMAJU hartanah, LBS Bina Group Berhad, (LBS) menampilkan KITA Avenue Square merupakan sebuah pembangunan komersial terbaharu pilihan rakyat.
Projek pembangunan komersial terbaharu, KITA Avenue, dijangka menjadi tarikan utama pelabur hartanah dengan tawaran kedai pejabat dua tingkat yang terletak dalam perbandaran terancang KITA @ Cybersouth, Lembah Klang Selatan.
Dibangunkan dengan keluasan binaan kasar daripada 2,600 kaki persegi setiap unit, KITA Avenue menawarkan 45 unit kedai pejabat dua tingkat eksklusif dengan harga bermula dari pada RM1.34 juta seunit.
LBS berkata, projek ini dijangka menyumbang kepada nilai pembangunan kasar (GDV) sebanyak RM61.5 juta apabila siap sepenuhnya pada suku ketiga 2028.
âDengan reka bentuk moden serta lokasi strategik dalam kawasan yang sedang berkembang pesat, KITA Avenue dijangka menarik minat usahawan, pelabur dan peruncit yang ingin memanfaatkan pertumbuhan ekonomi kawasan sekitar.
âPembangunan ini turut mendapat manfaat daripada kepadatan penduduk perbandaran sekitarnya yang kian meningkat, serta infrastruktur yang sedang giat dipertingkatkan termasuk akses ke LLebuhraya Utara-Selatan Hubungan Tengah (ELITE) dan Lebuhraya Maju Ekspres (MEX)â katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia.
KITA Avenue merupakan sebahagian daripada pelan pembangunan menyeluruh KITA @ Cybersouth, yang menggabungkan elemen kediaman, komersial dan kemudahan awam dalam satu ekosistem mampan.
Dengan jumlah unit yang terhad dan permintaan yang dijangka meningkat, projek ini dilihat sebagai satu peluang pelaburan strategik dalam pasaran hartanah tempatan.
Terletak di tengah-tengah perbandaran KITA @ Cybersouth, sebuah bandar yang dirancang pembangunan dengan rapi dan menerapkan elemen gaya hidup moden di Koridor Selatan Lembah Klang.
Dengan lokasi strategik, reka bentuk moden dan komuniti yang berkembang pesat, projek KITA Avenue Square ini bakal memberi peluang keemasan untuk para usahawan dan pelabur yang ingin mengembangkan perniagaan di kawasan yang sedang pesat membangun.
Bakal menjadi nadi komersial baharu, KITA Avenue Square dijangka menarik pelbagai jenis perniagaan daripada runcit, makanan dan minuman (F&B), pejabat profesional hingga kepada pasar raya pertama di kawasan ini.
Kehadiran ribuan penduduk di sekitar menjanjikan aliran pelanggan konsisten untuk pertumbuhan perniagaan.Â
KITA Avenue menawarkan 45 unit eksklusif kedai pejabat dua tingkat bersaiz 20â x 65â, setiap unit direka dengan susun atur praktikum dan keluasan hadapan yang luas untuk ruang yang maksimum.
Fleksibel untuk pelbagai konsep iaitu kafe moden, restoran keluarga, butik, klinik atau pejabat korporat semuanya disesuaikan mengikut keperluan perniagaan.
Lokasi strategik ini memastikan perniagaan mudah diakses dengan kemudahan yang berhampiran dari bandar ke bandar.
KITA @ Cybersouth kini menempatkan lebih 67,000 penduduk dengan purata umur 35 hingga 40 tahun dan pendapatan isi rumah sekitar RM5,000 sebulan, demografi yang stabil dan berdaya beli tinggi.
Pertumbuhan pesat di Koridor Selatan menjanjikan peningkatan nilai hartanah dalam jangka masa sederhana hingga panjang.
Pasaran pengguna sedia ada di KITA @ Cybersouth dan kawasan sekitar memberikan asas kukuh untuk perniagaan berkembang.
Dengan reka bentuk kontemporari dan akses kepada komuniti yang sedang berkembang, KITA Avenue bukan sahaja sesuai untuk pelbagai jenis perniagaan, malah menjadi pelaburan komersial yang menjanjikan pulangan kompetitif dalam tempoh beberapa tahun akan datang. â UTUSAN