hidayah.tanzizi@hmetro.com.my
Kuala Lumpur: Jabatan Imigresen (JIM) menahan seramai 1,270 warga asing dan 11 majikan dalam operasi bersasar yang dijalankan serentak di seluruh negara, hari ini.
JIM dalam kenyataan berkata, pihaknya melaksanakan 16 operasi penguatkuasaan bersasar secara serentak di seluruh negara yang memeriksa seramai 2,756 individu.
“Susulan itu, seramai 1,270 warga asing dan 11 majikan ditahan,” katanya di Facebook, malam ini.
Menurut kenyataan itu, pihaknya akan melaksanakan operasi bersasar secara berterusan serentak di seluruh negara mengikut sektor yang akan ditentukan bermula bulan ini.
“Sektor seperti pembinaan, perladangan, perkhidmatan dan sektor yang menggaji pekerja asing akan diperiksa.
“Operasi ini bertujuan untuk mengingatkan majikan supaya tidak menggajikan pendatang asing tanpa izin (Pati),” katanya.
© New Straits Times Press (M) Bhd