Lebih 11,000 tiket aksi Perak FC menentang JDT laris dijual

Lebih 11,000 tiket aksi Perak FC menentang JDT laris dijual

Penyokong Perak FC hadir membeli tiket perlawanan aksi separuh akhir pertama Piala Malaysia 2023 di antara Perak FC dan Johor Darul Ta’zim (JDT) ketika tinjauan foto Bernama di Stadium Perak pada Rabu.

BAHANG kehangatan perlawanan separuh akhir pertama Piala Malaysia antara pasukan Perak FC dan JDT semakin terasa, apabila lebih 11,000 tiket telah terjual setakat jam 6.30 petang ini sejak jualan dibuka dua hari lepas.

Ketua Pegawai Eksekutif Perak FC, Bobie Farid Shamsuddin berkata, sambutan jualan tiket secara dalam talian menerusi laman sesawang https://www.tickethotline.com.my, amat memberangsangkan dengan 7,140 tiket terjual setakat ini, manakala selebihnya secara fizikal dan jumlah itu dijangka terus meningkat.

“Kita percaya perlawanan menentang pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) akan meriah dengan kebanjiran penyokong, bagi memberikan sokongan serta menyemarakkan lagi aksi tersebut.

“Jadi kita meminta penyokong yang mahu membeli tiket secara fizikal di stadium, untuk segera berbuat demikian bagi mengelakkan mereka beratur panjang,” katanya ketika dihubungi Bernama pada Rabu.

Scroll to Top