Lebih 161,000 kanak-kanak Gaza diberi vaksin polio

Lebih 161,000 kanak-kanak Gaza diberi vaksin polio

Geneva: Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) di Gaza berkata pada Selasa bahawa ia mendahului sasarannya untuk vaksin polio di Gaza pada hari ketiga kempen besar-besaran.

Rik Peeperkorn, wakil WHO untuk wilayah Palestin, memberitahu pemberita bahawa ia telah memberi vaksin kepada lebih 161,000 kanak-kanak bawah 10 tahun di kawasan tengah dalam dua hari pertama kempennya berbanding 150,000 yang diunjurkan.

“Sehingga kini keadaan berjalan lancar.

“Dalam jeda kemanusiaan ini, sehingga kini mereka masih bekerja. Kami masih mempunyai 10 hari lagi,” katanya.

Kempen itu menyasarkan lebih 640,000 kanak-kanak di bawah umur 10 tahun.

Poliovirus sangat berjangkit dan paling kerap merebak melalui kumbahan dan air yang tercemar – masalah yang semakin biasa di Gaza apabila perang Israel-Hamas berlarutan.

Penyakit ini memberi kesan terutamanya kepada kanak-kanak di bawah umur lima tahun. Ia boleh menyebabkan kecacatan dan lumpuh dan berpotensi membawa maut.

Pada 23 Ogos lalu, WHO mengesahkan sekurang-kurangnya seorang bayi lumpuh akibat virus polio tahap dua, kes pertama seumpama itu berlaku di Palestin dalam tempoh 25 tahun.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top