Lebih 19 rumah rosak akibat ribut

Lebih 19 rumah rosak akibat ribut

am@hmetro.com.my

Padang Terap: Lebih 19 rumah di Felda Lubuk Merbau, Mukim Tekai Kiri, di sini rosak akibat ribut dan angin kencang, hari ini.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Padang Terap, Leftenan (PA) Mohd Roshidi Kassim berkata, kejadian kira-kira 4 petang itu turut mengakibatkan pokok tumbang yang menghalang lalu lintas.

Katanya, pasukannya bergegas melakukan pemantauan dan bancian sejurus menerima panggilan kecemasan pada 5 petang daripada penduduk kampung.

“Bagaimanapun tiada pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka setakat ini dan kebanyakan mangsa berpindah ke rumah saudara, ” katanya dalam kenyataan.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top