Lebih 200 kanak-kanak maut sejak serangan AS-Israel di Iran

Lebih 200 kanak-kanak maut sejak serangan AS-Israel di Iran
Lebih 200 kanak-kanak maut sejak serangan AS-Israel di Iran

Kira-kira 300 pusat kesihatan, perubatan dan kecemasan turut mengalami kerosakan sejak 28 Februari lepas.

ISTANBUL – Sekurang-kurangnya 210 kanak-kanak maut manakala 1,510 yang lain cedera di Iran sejak bermulanya serangan Amerika Syarikat (AS) dan Israel, kata menteri kesihatan negara itu pada Ahad, lapor Anadolu Ajansi.

Dalam kenyataan yang disiarkan agensi berita separa rasmi ISNA, Mohammad-Reza Zafarghandi berkata, kira-kira 300 pusat kesihatan, perubatan dan kecemasan turut mengalami kerosakan sejak 28 Februari lepas.

Selain itu beliau menambah, kira-kira 30 ambulans rosak dan tidak dapat lagi digunakan.

Ketegangan serantau terus memuncak sejak AS dan Israel melancarkan serangan bersama ke atas Iran pada 28 Februari lepas yang setakat ini mengorbankan lebih 1,300 orang, termasuk Pemimpin Agung ketika itu, Ali Khamenei. – Bernama

 

 

 

Ringkasan AI

  • Sekurang-kurangnya 210 kanak-kanak maut dan 1,510 yang lain cedera di Iran akibat serangan Amerika Syarikat dan Israel
  • Kira-kira 300 pusat kesihatan, perubatan dan kecemasan mengalami kerosakan
  • Kira-kira 30 ambulans rosak dan tidak dapat digunakan lagi
  • Ketegangan serantau memuncak sejak serangan bersama AS dan Israel pada 28 Februari
  • Serangan tersebut mengorbankan lebih 1,300 orang, termasuk Pemimpin Agung Iran, Ali Khamenei
Scroll to Top