Lebih 300 penerbangan digantung di Itali akibat kegagalan penghantaran data

Lebih 300 penerbangan digantung di Itali akibat kegagalan penghantaran data

Rom: Kegagalan penghantaran data di Pusat Kawalan Kawasan di Milan pada Sabtu malam menyebabkan lebih 300 penerbangan di beberapa bandar di barat laut Itali digantung, lapor Xinhua memetik agensi berita ANSA.

Insiden itu berlaku sekitar 9 malam waktu tempatan (1900 GMT), mengakibatkan penggantungan penerbangan atau sekatan terhadap pelepasan dan pendaratan di lapangan terbang dalam ruang udara terjejas, termasuk di Milan, Bergamo, Genoa dan Turin, menurut laporan itu, sambil menambah bahawa juruteknik masih berusaha memulihkan operasi trafik udara.

Pusat Kawalan Kawasan di Milan merupakan satu daripada empat pusat kawalan wilayah yang dikendalikan oleh ENAV, penyedia perkhidmatan navigasi udara Itali.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top