
VIENTIANE: Lebih 3,000 penduduk di beberapa kampung di wilayah Xayaboury dilanda banjir besar ekoran hujan lebat di wilayah utara Laos, lapor Xinhua.
Timbalan Gabenor wilayah Xayaboury, Phetphixay Sounvilay berkata pegawai Laos, polis, tentera, dan sukarelawan bekerja keras sepanjang masa untuk membantu penduduk terjejas, menurut laporan Radio Nasional Laos pada Selasa.
Sebahagian kawasan utara dan tengah Laos mengalami banjir selepas ribut tropika Koguma melanda Laos pada hujung minggu.
Pihak berkuasa memberi amaran supaya penduduk bersiap sedia menghadapi cuaca melampau dan sentiasa mengikuti perkembangan terkini cuaca untuk mengelakkan kesan lebih buruk.