Lebih 40 juta jemaah kunjungi Masjid Nabawi sepanjang musim haji 1446H

Lebih 40 juta jemaah kunjungi Masjid Nabawi sepanjang musim haji 1446H

MADINAH – Seramai 40,103,344 jemaah mengunjungi Masjid Nabawi sepanjang musim haji 1446 Hijrah, menurut Pihak Berkuasa Am bagi Penjagaan Hal Ehwal Masjidil Haram dan Masjid Nabawi.

Menurut Agensi Berita Saudi (SPA), jumlah itu direkodkan dari 1 Zulkaedah hingga 29 Zulhijah, mencerminkan kejayaan berterusan Kerajaan Arab Saudi dalam usaha menyambut kedatangan pengunjung dan membolehkan mereka menunaikan ibadah dalam suasana yang selamat dan tenang.

Pihak berkuasa itu menegaskan komitmennya untuk terus menambah baik perkhidmatan di dalam dan di pekarangan Masjid Nabawi bagi memenuhi keperluan jemaah serta meningkatkan pengalaman ibadah secara menyeluruh bagi semua pengunjung. – Bernama

Scroll to Top