Lebih 50 pekerja tertimbus, salji runtuh di Uttarakhand, India

Lebih 50 pekerja tertimbus, salji runtuh di Uttarakhand, India
Lebih 50 pekerja tertimbus, salji runtuh di Uttarakhand, India

Lebih 50 pekerja yang terlibat dalam projek pembinaan jalan raya tertimbus akibat runtuhan salji di daerah Chamoli di Uttarakhand, India pada pagi Jumaat.

NEW DELHI – Lebih 50 pekerja yang terlibat dalam projek pembinaan jalan raya tertimbus akibat runtuhan salji di daerah Chamoli di Uttarakhand, India pada pagi Jumaat.

Sepuluh daripada mereka berjaya diselamatkan setakat ini, menurut laporan media tempatan.

“Runtuhan salji berlaku berhampiran kem Border Roads Organisation (BRO) di kawasan sempadan Mana, menyebabkan 57 pekerja yang terlibat dalam projek itu terperangkap.

“Kami tidak mempunyai bilangan tepat pada masa ini. 10 orang berjaya diselamatkan, sebahagian daripada mereka mengalami kecederaan, tetapi tahap kecederaan mereka masih belum jelas,” kata Komander BRO Kolonel Ankur Mahajan, seperti dipetik oleh akhbar Hindustan Times.

Ketua Menteri Uttarakhand, Pushkar Singh Dhami berkata, usaha menyelamat telah dilancarkan oleh Pasukan Polis Sempadan Indo-Tibet (ITBP) dan anggota BRO. – Bernama

Scroll to Top