Lebih 500 penyertaan! Pertandingan mewarna Mushaf Al-Quran 2026 raih sambutan hangat

Lebih 500 penyertaan! Pertandingan mewarna Mushaf Al-Quran 2026 raih sambutan hangat

Majlis Penyampaian Hadiah Pertandingan Mewarna Seni Ragam Hias Mushaf Al-Quran Alam Melayu Peringkat Kebangsaan 2026 berlangsung meriah pada 11 April lalu di Perpustakaan Negara Malaysia (PNM).

Berlangsung di PNM

Difahamkan, majlis tersebut disempurnakan oleh YBrs. Puan Aidatul Hasnida Abdul Rani yang turut mewakili Ketua Pengarah PNM, YBrs. Encik Edy Irwan bin Zulkafli, manakala Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) diwakili oleh Dr. Junaini Kasdan dari Institut Tamadun dan Alam Melayu (ATMA).

Melibatkan tiga kategori

Pertandingan ini dianjurkan dalam tiga kategori iaitu Kategori A dan B secara dalam talian, manakala Kategori C diadakan secara bersemuka, dengan jumlah penyertaan mencecah 527 peserta melibatkan pelajar sekolah rendah dan menengah daripada pelbagai kaum.

Penilaian dilakukan oleh juri berpengalaman termasuk pelukis seni ragam hias mushaf dan pensyarah dari Universiti Teknologi MARA (UiTM), Shah Alam.

Program berkenaan telah, dianjurkan oleh PNM melalui Pusat Kebangsaan Manuskrip Melayu (PKMM) dengan kerjasama Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) serta beberapa pusat penyelidikan berkaitan, sebagai usaha memperluas kefahaman generasi muda terhadap keindahan seni ragam hias mushaf yang menjadi identiti penting warisan Alam Melayu.

Susulan daripada itu, penganjuran program ini dilihat bukan sahaja berjaya mencungkil bakat seni dalam kalangan pelajar, malah turut memupuk minat terhadap seni warisan Islam khususnya dalam penghasilan ragam hias mushaf Al-Quran.

Scroll to Top