Lebih 500,000 orang dipindahkan ketika Taufan Kajiki hampiri Vietnam

Lebih 500,000 orang dipindahkan ketika Taufan Kajiki hampiri Vietnam

Hanoi: Lebih 150,000 isi rumah bersiap sedia untuk dipindahkan ketika Vietnam berdepan Taufan Kajiki yang dijangka membadai daratan, melibatkan sekitar 587,000 penduduk di empat wilayah pesisir tengah, menurut media rasmi pada Ahad, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Taufan itu dijangka membawa hujan lebat serta banjir, manakala semua bot dilarang beroperasi di tujuh wilayah pantai.

Kajiki kini bergerak dengan kelajuan angin sekitar 175 kilometer sejam, menurut Pusat Amaran Taufan Bersama Amerika Syarikat (AS).

Ahli meteorologi AS turut meramalkan kesan awal taufan akan dirasai di pulau Hainan, China, dengan lebih 20,000 orang dipindahkan, menurut agensi berita Xinhua.

Sekolah, pejabat dan kedai di bandar Sanya, Hainan ditutup sementara, manakala pengangkutan awam digantung sebagai langkah berjaga-jaga menghadapi taufan.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top