Lebih 6,000 rakyat Malaysia lepas kerakyatan untuk jadi warga Singapura

Lebih 6,000 rakyat Malaysia lepas kerakyatan untuk jadi warga Singapura

am@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Lebih 6,000 rakyat Malaysia melepaskan kerakyatan mereka untuk mendapatkan kerakyatan Singapura pada separuh pertama tahun ini.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, seramai 6,060 orang berbuat demikian setakat 30 Jun.

Beliau berkata, seramai 16,930 rakyat Malaysia melepaskan kerakyatan mereka untuk Singapura pada tahun lalu, peningkatan mendadak berbanding 11,500 orang pada tahun 2023.

Pada tahun 2022, seramai 5,623 orang iaitu lebih rendah daripada 7,956 orang pada tahun 2021.

Angka tertinggi direkodkan pada tahun 2019 dengan 13,362 kes, sebelum menurun kepada 5,591 kes pada tahun 2020 semasa pandemik Covid-19.

“Tahun sebelumnya menyaksikan 7,394 kes pada 2015 diikuti 8,654 (2016); 7,583 (2017) dan 7,665 (2018),” katanya dalam jawapan bertulis di Parlimen, semalam.

Saifuddin menjawab soalan daripada Datuk Seri Takiyuddin Hassan (PN-Kota Baru) mengenai jumlah rakyat Malaysia yang memohon kerakyatan Singapura dari tahun 2015 hingga 2025.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top