Lebih Dahsyat, Lebih Epik! Pertarungan Mencari Bakat Terhebat Akan Bermula

Lebih Dahsyat, Lebih Epik! Pertarungan Mencari Bakat Terhebat Akan Bermula

Sistem televisyen TV3 bakal menampilkan sebuah lagi program terhebat abad ini.

Namun, program epik ‘comeback’ ini lebih daripada sekadar mimpi, malah sangat dinanti-nantikan oleh peminatnya.

Program yang bakal menjanjikan persembahan hebat dari bakat luar biasa serta momen-momen penuh emosi ini bakal mencipta fenomenanya tersendiri.

 

 

Adakah Malaysian Idol, Mentor, One In A Million atau Gang Starz bakal menghiasi kaca television anda? Sama-sama kita nantikan!

Selain keempat-empat program ikonik ini pernah mencipta sejarahnya tersendiri, program tersebut juga  masing-masing membawa pendekatan yang unik serta meninggalkan pelbagai impak besar kepada peminat antaranya ialah, Malaysian Idol, Mentor, Gang Starz dan One In A Million,

  1. Malaysian Idol

Pertama kali diperkenalkan pada tahun 2004, Malaysian Idol merupakan versi tempatan bagi format global Pop Idol. Program ini menjadi batu loncatan buat ramai bakat muda dalam industri muzik Malaysia termasuk penyanyi terkenal Jaclyn Victor yang muncul sebagai juara pada musim pertama. Malaysian Idol bukan sahaja menjadi platform bagi para peserta untuk mengejar impian mereka, malah turut memberikan pengalaman emosi kepada penonton melalui persembahan hebat dan penyingkiran yang mendebarkan.

  1. Mentor

Mentor membawa konsep mentor dan protege yang unik di mana setiap mentor yang terdiri daripada artis-artis terkenal, membimbing protege mereka dalam memperbaiki vokal, persembahan dan juga karisma mereka. Program ini telah melahirkan beberapa bintang yang cukup terkenal dalam industri hiburan tanah air antaranya adalah Fiq dan juga Black. Mentor terus menjadi program realiti yang dinanti-nantikan dek kerana gabungan elemen latihan intensif dan hiburan yang berkualiti tinggi.

  1. Gang Starz

Diperkenalkan pada tahun 2007, Gang Starz menampilkan konsep pertandingan nyanyian berkumpulan yang pertama di Malaysia. Program ini bukan sahaja terbuka kepada peserta tempatan, malah menarik penyertaan dari seluruh Asia Tenggara, termasuk Indonesia, Filipina, dan Singapura.

Gabungan bakat daripada pelbagai latar belakang dan negara menjadikan Gang Starz sebagai platform yang merentasi sempadan.

Bahkan, Kumpulan seperti The Lima dari Malaysia dan Paragon Child dari Indonesia menjadi antara nama yang mendapat perhatian dan berjaya melangkah lebih jauh dalam industri muzik selepas penglibatan mereka menerusi program Gang Starz.

  1. One In A Million

Bersiaran dari tahun 2006 hingga 2009, One In A Million memperkenalkan format yang lebih mencabar dengan hadiah wang tunai RM1 juta bagi pemenang.

Program ini menampilkan penilaian ketat dan cabaran mingguan yang menuntut peserta untuk memberikan persembahan yang terbaik setiap minggu. Juara musim pertama adalah Suki Low dan pemenang bagi musim kedua adalah Ayu. Kedua-dua bintang ini berjaya menempatkan diri mereka dalam industri muzik Malaysia dengan bakat mereka yang luar biasa.

Malah, menerusi program ini juga lahirnya beberapa bintang popular tanah air  seperti Faizal Tahir, Alif Satar dan Aweera swkaligus memberikan cabaran terhadap penyanyi popular sedia ada seperti Dayang Nurfaizah, Tomok, dan Allahyarham Siti Sarah.

Jadi tunggu apa lagi? Jom siap-siap dan sertai uji bakat program terbaharu TV3!

Lebih menarik, uji bakat ini juga terbuka kepada warganegara berumur 15 tahun dan ke atas.

Untuk info lanjut, peserta bolehlah melayari platform media sosial @TV3Malaysia untuk mengetahui secara terperinci mengenai program ini.

Scroll to Top