Sejak kebelakangan ini terutama ketika pandemik, pesanan makanan dalam talian dilihat semakin meningkat dalam kalangan rakyat Malaysia.
Selain menjimatkan masa, pelanggan juga dapat menikmati pelbagai promosi menarik serta ganjaran ditawarkan oleh aplikasi tersebut.
Dalam usaha memberikan pengalaman terbaik kepada pelanggan, foodpanda Malaysia turut tidak terkecuali menawarkan ganjaran berganda menjimatkan setiap bulan kepada pelanggan mereka menerusi pelan pandapro.
Menurut pelajar di salah sebuah universiti tempatan, Nur Amirah Rani, pelan pandapro membantunya untuk berjimat.
“Saya lebih suka untuk memesan makanan melalui penghantaran berbanding makan di luar kerana sibuk dengan aktiviti seharian di kampus.
“Dengan adanya pandapro, saya dapat menjimatkan masa. Harganya juga sama seperti saya makan di kedai, sesuai dengan bajet bulanan saya sebagai pelajar,” katanya kepada BH dalam temu bual secara maya, baru-baru ini.
Bagi Arini Saleh, 40, dia berasa lega dengan adanya aplikasi foodpanda yang memudahkan urusan harian mereka sekeluarga. Dari makanan hinggalah kepada barangan dapur segalanya dipesan melalui aplikasi ini.
“Ketika Pelaksanaan Perintah Pergerakan (PKP) tempoh hari, saya dan suami memang bekerja dari rumah. Agak kelam kabut juga untuk bekerja sambil uruskan anak.
“Walaupun sudah memasuki fasa peralihan endemik, kami masih menggunakan foodpanda terutama setelah penat pulang dari bekerja dan tidak sempat memasak.”
Arini berkata, mereka sekeluarga turut mendapat penjimatan ketara dengan melanggan pandapro apabila membuat sebarang pesanan makanan atau keperluan harian.
Sementara itu, Muhammad Helmi Razak, 33, berkata pelan harga pandapro sangat mampu milik yang tidak sepadan dengan kelebihan yang ada.
“Saya rasa rugi jika ada aplikasi foodpanda tanpa melanggan pandapro kerana saya sendiri dapat merasakan perbezaan yang banyak.
“Sebagai contoh, saya melanggan pandapro dengan hanya RM8.90 tetapi dengan hanya satu pesanan saya sudah jimat lebih dari nilai langganan untuk sebulan,” katanya..
Lebih faedah, manfaat
Antara faedah ditawarkan untuk pengguna pandapro ialah rebat langganan dua bulan yang mana pelanggan hanya perlu membayar pendahuluan langganan pandapro dan kemudian akan menerima baucar rebat RM8.90 (bersamaan dua bulan langganan pandapro, jika anda mendapat pelan langganan tahunan).
Sebagai contoh, pengguna yang melanggan pandapro selama sebulan pada RM8.90 (dibilkan setiap bulan). Seterusnya, langgan pandapro selama enam bulan pada harga RM6.90/bulan, RM41.40 akan dibilkan dua kali setahun.
Bagi pengguna yang melanggan pandapro selama 12 bulan pada harga RM4.90/bulan pula, RM58.80 akan dibilkan pada setiap tahun.
Penghantaran percuma
Kebiasaannya, penghantaran percuma di aplikasi foodpanda hanya terhad di kawasan berdekatan, namun dengan pandapro, pengguna dapat nikmati penghantaran percuma sebanyak 12 kali setiap bulan tidak mengira kawasan.
Ini bermakna pengguna tidak perlu risau jika restoran pilihan bukan di kawasan anda kerana segalanya percuma.
Diskaun 25 peratus makan di restoran (dine-in)
Penat memasak di rumah, anda juga boleh bawa keluarga anda makan di restoran pilihan serta nikmati potongan diskaun sehingga 25 peratus bagi pengguna pandapro.
Diskaun 20 peratus pandamart
Sebagai pengguna pandapro, selain daripada menjimatkan makanan anda akan dapat menjimatkan barangan runcit dan keperluan harian anda.
Anda boleh dapatkan segalanya di aplikasi foodpanda atau di kedai mart tanpa perlu keluar memandu dan menunggu lama untuk membayar.
Nikmati juga diskaun sehingga 20 peratus di pandamart serta lebih 10,000 kedai foodpanda, termasuk Mydin, Watsons, 7-Eleven, dan banyak lagi.
Lebih menarik, kini foodpanda tawarkan dua bulan langganan pandapro secara percuma dan baucar bernilai RM50 kepada 4 juta pengguna bertuah.
Dapatkan kesemua ganjaran dan faedah hebat dengan melanggan pandapro hari ini serta muat turun aplikasi foodpanda di Apple App Store, Google Play Store dan Huawei App Gallery.
© New Straits Times Press (M) Bhd