Istanbul: Lebih separuh daripada semua orang dewasa dan satu pertiga daripada kanak-kanak, remaja, dan dewasa muda di seluruh dunia dijangka mengalami berat badan berlebihan atau obes menjelang 2050, menurut satu kajian baru-baru ini.
Anadolu Ajansi melaporkan ramalan itu datang daripada kajian global baharu yang diterbitkan pada Isnin dalam jurnal perubatan The Lancet, yang menganalisis data dari lebih 200 negara.
Penyelidik memberi amaran bahawa kadar obesiti dijangka meningkat secara mendadak sepanjang dekad ini, terutamanya di negara berpendapatan rendah.
Sehingga 2021, hampir separuh daripada populasi dewasa global — sekitar 1 bilion lelaki dan 1.11 bilion wanita berumur 25 tahun ke atas — mengalami berat badan berlebihan atau obes.
Sekiranya trend semasa berterusan, kadar global orang dewasa yang berlebihan berat badan dan obes diunjurkan mencapai 57.4 peratus bagi lelaki dan 60.3 peratus bagi wanita menjelang 2050, kata kajian itu.
China, India dan AS dijangka mempunyai populasi terbesar individu yang berlebihan berat badan atau obes menjelang 2050, tambahnya.
© New Straits Times Press (M) Bhd




