Lee Soo-hyuk Kembali Tambat Hati Peminat! Drama Korea Misteri S Line Kini Ditayangkan di Tonton Bermula 16 Julai

Lee Soo-hyuk Kembali Tambat Hati Peminat! Drama Korea Misteri S Line Kini Ditayangkan di Tonton Bermula 16 Julai

Sebuah lagi drama Korea yang penuh misteri dan elemen fantasi, S Line kini boleh ditonton secara eksklusif di Tonton!

Drama bersiri ini yang asalnya tayangan wavve original bakal disiarkan sebanyak satu episod setiap hari Rabu dan Jumaat, jam 10 pagi.

Dengan hanya enam episod berdurasi 50 minit setiap satu, S Line menjanjikan plot yang padat dan mencengkam dari awal hingga akhir. Ia menampilkan barisan pelakon popular Korea Selatan seperti Lee Soo-hyuk, Lee Da-hee dan Arin (daripada kumpulan Oh My Girl).

S Line membawa penonton ke dunia di mana tiba-tiba muncul garisan merah misteri di atas kepala manusia, satu fenomena aneh yang mendedahkan hubungan intim mereka. Garisan ini yang digelar S Line, menghubungkan individu yang pernah menjalin hubungan seksual, sekali gus membongkar sisi tersembunyi dan memalukan mereka di khalayak ramai.

Lee Soo-hyuk membawakan watak Han Ji-Wook, seorang detektif tampan dan berfikiran bebas yang menyiasat asal-usul S Line. Sementara itu, Lee Da-hee memegang peranan sebagai Kyu-Jin, seorang guru sekolah menengah yang berkarisma, manakala Arin memegang watak Hyun-Hob, seorang pelajar sekolah yang sejak lahir mampu melihat garisan merah tersebut.

Konflik semakin memuncak apabila kaca mata khas yang mampu melihat S Line mula dijual secara haram di pasaran gelap. Ketika rahsia demi rahsia terbongkar, ketiga-tiga watak utama ini terjerat dalam konspirasi yang lebih dalam daripada yang mereka sangka.

Dengan elemen thriller dan fantasi yang segar, S Line bukan sekadar drama hiburan tetapi juga mengetengahkan isu privasi, maruah dan kepercayaan dalam masyarakat moden.

Jangan lepaskan peluang untuk mengikuti drama Korea yang penuh misteri ini di Tonton mulai 16 Julai 2025. Muat turun aplikasi Tonton atau layari laman web Tonton untuk menonton episod baharu setiap Rabu dan Jumaat, jam 10 pagi.

Scroll to Top