Lee Zii Jia tuai pingat kedua buat negara

Lee Zii Jia tuai pingat kedua buat negara

PETALING JAYA: Pemain perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia memastikan penyertaan kali kedua dirinya di pentas Olimpik, tidak pulang dengan tangan kosong apabila memenangi pingat gangsa pada temasya empat tahun sekali itu di Paris.

Kejayaan itu hadir selepas Zii Jia berjaya bangkit mengetepikan lawannya dari India, Lakshya Sen 13-21, 21-16, 21-11 dalam tempoh 71 minit di Porte de la Chapelle Arena, sebentar tadi.

Lee Zii Jia tuai pingat kedua buat negara
PEMAIN India Lakshya Sen dipaksa bekerja keras berdepan jaguh No.1 negara Lee Zii Jia pada aksi penentuan pingat gangsa Sukan Olimpik Paris 2024 di Porte de la Chapelle Arena, sebentar tadi.-AFP

Keputusan itu juga menyaksikan Zii Jia memperbaiki pencapaiannya pada temasya 2020 di Tokyo apabila dia terkandas di peringkat 16 terbaik.

Terdahulu, beregu lelaki No. 1 negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik menjadi atlet pertama menyumbang pingat kepada Malaysia apabila memenangi gangsa ketika menewaskan beregu No.2 dunia dari Denmark, Kim Astrup-Anders Skaarup Rasmussen 16-21, 22-20, 21-19 dalam aksi cukup dramatik.

PENYOKONG-Penyokong Malaysia yang hadir ke Porte de la Chapelle Arena memberi sokongan kepada Lee Zii Jia.-AFP

Untuk rekod, kali terakhir Malaysia mempunyai wakil dalam final acara perseorangan lelaki adalah pada edisi 2016 menerusi Datuk Lee Chong Wei.

Ketika itu, Chong Wei terpaksa berpuas hati dengan pingat perak selepas tunduk di tangan pemain China, Chen Long.

Malah legenda badminton negara itu turut tunduk dua kali pada final Olimpik iaitu 2008 di Beijing serta 2012 London kepada Lin Dan.

Scroll to Top