Derby: Leeds United bangkit pada babak kedua untuk menewaskan Derby County 3-1 sekali gus mengesahkan kemaraan ke pusingan keempat Piala FA, sebentar tadi.
Pasukan Liga Perdana Inggeris itu yang hanya tewas sekali dalam sembilan perlawanan terakhir, hampir dimalukan pasukan divisyen kedua selepas ketinggalan pada separuh masa pertama.
Derby terlebih dahulu membuka jaringan menerusi rembatan kemas pemain antarabangsa Chile, Ben Brereton Diaz, yang melepasi penjaga gol Leeds untuk meletakkan pelawat di depan.
Leeds sebelum itu gagal menyempurnakan sepakan penalti apabila percubaan Joel Piroe diselamatkan oleh penjaga gol Derby, Jacob Zetterstrom.
Namun, Piroe menebus kekecewaan itu apabila memainkan peranan penting dalam kebangkitan Leeds.
Hantaran Jaka Bijol ke dalam kotak penalti disusuli gerakan bijak Piroe sebelum Willy Gnonto menyamakan kedudukan pada minit ke-55.
Empat minit kemudian, rembatan rendah Piroe ditepis Zetterstrom sebelum Ao Tanaka pantas menyambar bola muntah untuk gol kedua Leeds.
Kemenangan itu dimuktamadkan pada masa kecederaan apabila James Justin menyempurnakan serangan balas pantas.
© New Straits Times Press (M) Bhd




