Legenda WWE, Hulk Hogan Meninggal Dunia | Trending – Oh! Media

Legenda WWE, Hulk Hogan Meninggal Dunia | Trending – Oh! Media

Dunia gusti profesional dikejutkan dengan berita pemergian legenda WWE, Hulk Hogan yang meninggal dunia pada usia 71 tahun di kediamannya semalam di Clearwater, Florida.

Menurut laporan Kosmo, Hogan dipercayai meninggal dunia akibat serangan jantung, selepas beberapa minggu bertarung dengan masalah kesihatan serius.

WWE kenang legasi Hulk Hogan

Hulk Hogan

Dalam satu kenyataan rasmi, World Wrestling Entertainment (WWE) menyatakan rasa dukacita atas kehilangan bintang besar itu.

Hulk Hogan merupakan antara tokoh budaya pop paling popular. Beliau membantu WWE mencapai populariti global dalam tahun 1980-an.

WWE turut mengucapkan takziah kepada keluarga, rakan serta para peminat Hulk Hogan di seluruh dunia.

Bertarung dengan masalah kesihatan sebelum meninggal dunia

Hulk Hogan

Difahamkan, Hogan telah menjalani beberapa pembedahan besar dan berada dalam pemantauan perubatan sejak beberapa minggu lalu. Malah menurut laporan Daily Star, beliau dikatakan tidak boleh bercakap akibat komplikasi selepas pembedahan.

Hogan, atau nama sebenarnya Terry Gene Bollea, memulakan kerjayanya pada tahun 1977 sebagai The Super Destroyer, sebelum menemui identiti ikoniknya sebagai Hulk Hogan.

Antara perlawanan paling ikonik yang diingati ramai ialah menentang The Rock dan Andre The Giant, serta memperkenalkan istilah ‘Hulkamania’ yang masih disebut hingga hari ini.

Pssttt! Setiap bintang akhirnya akan pergi, tapi legasi takkan pernah padam.

Kredit: Kosmo
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.

author avatar

Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.

Scroll to Top