Lelaki 24 tahun lemas ketika mandi di Air Terjun Sungai Pertak

Lelaki 24 tahun lemas ketika mandi di Air Terjun Sungai Pertak

am@hmetro.com.my

Hulu Selangor: Aktiviti mandi-manda di Air Terjun Sungai Pertak, Kuala Kubu Bharu, di sini, bertukar tragedi apabila seorang lelaki warga tempatan ditemukan lemas petang tadi.

Kejadian membabitkan mangsa berusia 24 tahun.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ashrul Riezal Asbar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 6.13 petang sebelum sepasukan tujuh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Kubu Bharu dikejarkan ke lokasi.

“Pasukan tiba di lokasi jam 6.28 petang dan menjalankan operasi mencari serta menyelamat mangsa.

“Mangsa berjaya dibawa naik oleh anggota dalam keadaan tidak sedarkan diri,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, mangsa kemudian disahkan meninggal dunia oleh petugas Kementerian Kesihatan.

“Mayat diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut,” katanya.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top