
MA memohon bantuan perundangan dari Lembaga Bantuan Hukum (LBH) pada Selasa minggu lepas. Foto Agensi
JAWA TENGAH, INDONESIA – Seorang pemuda dari Pekalongan di sini tampil membuat laporan kepada pihak berkuasa selepas mendakwa dirinya mengalami tekanan emosi akibat diganggu secara berterusan oleh seorang janda anak dua.
Lelaki yang dikenali sebagai MA itu memaklumkan bahawa beliau berkenalan dengan S menerusi media sosial kira-kira dua bulan lalu sebelum mula keluar bersama untuk lebih mengenali antara satu sama lain.
“Sepanjang dua bulan itu, kami kerap menjalin hubungan kerana saya sering diajak olehnya.
“Bagaimanapun, hati saya mula tawar selepas saya menemui mesej-mesejnya bersama lelaki lain,” katanya menurut laporan Lambe Turah.
MA berkata, beliau kemudian mengambil keputusan untuk menjauhkan diri daripada wanita terbabit.
Bagaimanapun, katanya, situasi menjadi tegang apabila seorang lelaki yang mendakwa dirinya sebagai bapa saudara kepada wanita itu datang ke rumahnya.
Ujarnya yang masih bujang, lelaki berkenaan bukan sahaja memperkenalkan diri sebagai anggota polis, malah turut mengugut untuk memenjarakannya jika enggan berkahwin dengan wanita tersebut.
Susulan itu, MA memohon bantuan perundangan daripada Lembaga Bantuan Hukum (LBH) pada Selasa minggu lalu.
Ini kerana beliau berasa terancam dengan permintaan janda berkenaan.
Jurucakap LBH berkata, pihaknya akan membantu dan mencari penyelesaian terbaik terhadap masalah yang dihadapi MA.