Misteri kebakaran 9 buah rumah di Kupang, Baling semenjak bulan lepas akhirnya terbongkar apabila suspek lelaki berusia 23 tahun berjaya ditahan Isnin lepas pada jam 12.30 malam.
Menurut Ketua Polis Kedah, Datuk Fisol Salleh, kejadian itu berpunca daripada dendam seorang lelaki muda yang sering dibuli di tempat kerja selepas siasatan dilakukan terhadap suspek.
Suspek juga dipulaukan penduduk setempat dengan sebahagian daripada mangsa dikenali suspek.
Suspek sebelum ini bekerja di sebuah kilang getah dan berhenti kira-kira tiga bulan sebelum kebakaran pertama.
Modus operandi suspek

Taktik yang dilakukan oleh suspek adalah mencurah petrol di atas motosikal sebelum membakarnya hingga api merebak ke rumah-rumah di sekitar.
Kebakaran sembilan rumah termasuk dua kenderaan dan 18 motosikal melibatkan kerugian RM770,000.
Suspek direman sehingga Sabtu ini dan kes disiasat di bawah Seksyen 435 Kanun Keseksaan (Akta 574).
#OhmediaNasihat
Dendam dan emosi yang tidak terkawal boleh menjadi bahaya dan memudaratkan diri serta orang sekeliling.
Sekiranya korang menghadapi situasi sukar di tempat kerja, luahkan kepada orang yang rapat dan dipercayai bagi mengelakkan perkara sebegini berlaku.
