Tular di media sosial rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan seorang lelaki membakar dua kereta di Taman Bukit Katil Permai, Melaka.
Dalam video itu, suspek dilihat menaiki motosikal membawa bahan bakar di dalam timba atau baldi.
Suspek lari bertempiran lepas motor sendiri terbakar

Suspek berhenti di hadapan rumah dan mencurahkan bahan bakar ke atas kereta sebelum mencampakkan api.
Apa yang mengejutkan, motosikal yang dinaiki suspek turut terbakar disambar api menyebabkan suspek melarikan diri.
Lapor Harian Metro, Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, pihak polis menerima laporan pada jam 2.29 petang, manakala kebakaran dilaporkan berlaku kira-kira 1.38 tengah hari.

Menurutnya, kebakaran itu melibatkan sebuah Perodua Axia dan Bezza yang diparkir di garaj rumah.
Polis masih mengesan suspek yang meninggalkan motosikalnya yang terbakar di tempat kejadian. Tiada saksi bebas dikesan semasa kejadian dan ada beberapa rakaman CCTV di rumah mangsa selain anggaran kerugian juga belum dipastikan.
Polis membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 436 Kanun Keseksaan.
Pssttt! Aduhai pandai pula lari tinggalkan bukti tempat kejadian. Semoga pelaku dapat ditangkap segera.
Kredit: Harian Metro
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.