Lelaki Berkelakuan Jijik Dalam Masjid Ada Kad OKU, Bukan Orang Segamat

Lelaki Berkelakuan Jijik Dalam Masjid Ada Kad OKU, Bukan Orang Segamat

Trending

Lelaki disyaki lakukan perbuatan tidak senonoh dalam masjid di Segamat berjaya ditahan polis awal pagi Jumaat.


Tular di media sosial sejak semalam rakaman video memaparkan seorang lelaki melakukan perbuatan tidak senonoh di dalam sebuah masjid di Bukit Siput, Segamat Johor.

Dalam rakaman itu, dia dilihat membuka seluar dan memakai tuala mengintai jemaah wanita lalu beronani.

BACA: Tular Lelaki Buat Perbuatan Jijik Dalam Masjid Ketika Jemaah Wanita Sedang Solat

Perbuatan itu mengundang kemarahan ramai kerana ia berlaku di tempat ibadah yang sepatutnya dihormati oleh semua pihak.

Suspek berjaya diberkas polis, ada kad OKU

Lelaki

Terbaru, Sinar Harian melaporkan pihak polis berjaya menahan suspek yang merupakan seorang lelaki tempatan berusia lingkungan 20 tahun.

Menurut Ketua Polis Daerah Segamat, Superintendan Mohd Jumazanzahir Chek Ismail, suspek diberkas sekitar jam 3.15 pagi di Taman Air Biru, Pasir Gudang oleh sepasukan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Segamat.

Siasatan awal mendapati lelaki itu bukan penduduk daerah Segamat dan merupakan pemegang kad Orang Kurang Upaya (OKU) kategori masalah pembelajaran. Hasil semakan mendapati suspek tidak mempunyai rekod jenayah lampau dan ujian saringan air kencing juga didapati negatif.

Kes kini disiasat mengikut Seksyen 377D Kanun Keseksaan dan suspek telah direman selama empat hari sehingga 9 Mac bagi membantu siasatan.

Tempoh reman itu juga bertujuan melengkapkan kertas siasatan sebelum dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan lanjut.

Pssttt! Tempat ibadah sepatutnya menjadi ruang yang dihormati dan dipelihara kesuciannya oleh semua pihak. Apa jua alasan atau keadaan, perbuatan tidak senonoh di tempat sebegini jelas menimbulkan kemarahan masyarakat. Diharapkan kes ini menjadi pengajaran agar semua orang lebih menjaga adab dan menghormati tempat suci.

Kredit: Sinar Harian
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

author avatar

Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Scroll to Top