Lelaki berseragam tentera hisap jari jurujual wanita sudah ditahan

Sejak semalam, video seorang lelaki berbaju askar didakwa melakukan gangguan seksual kepada seorang pekerja kedai vape telah tular sehingga mendapat kecaman ramai.

Menerusi laporan daripada Harian Metro, pekerja perempuan yang berusia 18 tahun itu berada dalam keadaan terkejut dan trauma selepas kejadian yang menjijikan tersebu.

Walau bagaimanapun, menurut Ketua Polis Daerah Ampang Jaya Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak, pihak mereka telah membuat tangkapan terhadap seorang lelaki tempatan berusia 26 tahun di sebuah rumah di Taman Setiawangsa, Kuala Lumpur, jam 12.30 tengah malam tadi.

“Dalam serbuan itu, kami turut merampas pakaian seragam yang dipercayai dipakai suspek ketika kejadian.”
“Siasatan awal mendapati suspek bertugas di Cawangan Tentera Darat, Kem Batu Kentonmen, Kuala Lumpur dan berkhidmat dengan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) selama tujuh tahun,” 
“Permohonan reman terhadap suspek dibenarkan selama empat hari bermula hari ini sehingga 10 Oktober nanti.”
“Siasatan lanjut berhubung kes ini sedang dijalankan,” katanya.

Terdahulu, video seorang lelaki bertindak mencabul seorang wanita pekerja kedai vape telah tular selepas dimuat naik oleh seorang pengguna Facebook. Dalam video tersebut, lelaki berbaju askar itu dilihat menjilat tangan mangsa sebelum melepaskannya beberapa saat selepas itu.

Ia susulan selepas diberitahu bahawa kedai vape berkenaan mempunyai CCTV. Lelaki berkenaan terus beredar selepas dimaklumkan hal tersebut.

“Mangsa menyerahkan pod vape terbabit dan ketika itu, suspek mengambil kesempatan memegang tangan mangsa serta turut menjilat tangan mangsa.
“Selepas mangsa beritahu ada kamera litar tertutup (CCTV), suspek terus melepaskan tangan mangsa dan beredar dari tempat kejadian,” tambah Mohamad Farouk.

Sumber: Harian Metro (Nurul Hidayah Bahaudin)