am@hmetro.com.my
Kluang: ‘Tolong…Tolong…’ itu antara teriakan seorang wanita warga emas selepas kediamannya dipercayai di Kampung Melayu, Simpang Renggam, di sini dimasuki lelaki bertopeng, awal pagi hari ini.
Bagaimanapun, lelaki berbadan besar itu menutup mulut wanita berusia lingkungan 70-an dengan tangan sambil meminta mangsa berdiam agar tidak didengari jiran.
Berdasarkan video tular sejak petang tadi, kejadian berlaku ketika wanita itu sedang makan.
Dalam dua video berdurasi 1.30 saat dan 1.20s, turut kedengaran wanita itu bertanyakan lelaki itu ‘awak siapa’ sebaliknya dia memberitahu kawan kepada ‘Ali’ yang mana nama itu dipercayai merujuk salah seorang ahli keluarga mangsa.
Lelaki itu beberapa kali mengarahkan mangsa supaya duduk sambil menggeledah pakaian milik wanita itu, sebelum menemui dompet milik wanita itu di atas katilnya.
Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati warganet ‘berjemaah’ mengecam tindakan lelaki itu sambil mengharapkan agar polis menahannya secepat mungkin.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrin Mohd Noh mengesahkan kejadian itu dan siasatan masih dijalankan.
© New Straits Times Press (M) Bhd