Lelaki catat rekod dunia, biji mata terkeluar 0.74 inci dari soket

Lelaki catat rekod dunia, biji mata terkeluar 0.74 inci dari soket
Seorang lelaki mencatat sejarah tersendiri apabila dianugerahkan Rekod Dunia Guinness atas kebolehan memunculkan biji mata keluar dari soket. Sumber foto Rekod Dunia Guinness

Seorang lelaki mencatat sejarah tersendiri apabila dianugerahkan Rekod Dunia Guinness atas kebolehan memunculkan biji mata keluar dari soket. Sumber foto Rekod Dunia Guinness

MILAN – Seorang lelaki Uruguay yang menetap di Itali mencatat sejarah tersendiri apabila dianugerahkan Rekod Dunia Guinness atas kebolehan uniknya memunculkan biji mata keluar dari soket seperti watak kartun.

Menurut media UPI, Williams Martin Sanchez Lopez, yang berasal dari Montevideo, Uruguay dan kini tinggal di Milan berkata, bakat itu mula dikesan ketika berusia sekitar lapan atau sembilan tahun.

“Ia bermula sejak kecil.

“Saya boleh gerakkan otot atas dan bawah di sekitar mata dan lama-kelamaan berjaya keluarkan biji mata sepenuhnya,” katanya.

Jelas Williams lagi, doktor yang menjalankan pengukuran rasmi mendapati biji matanya boleh terkeluar sejauh 0.74 inci dari soket.

Rekod itu secara tidak langsung melayakkannya merangkul gelaran ‘biji mata terkeluar paling jauh bagi kategori lelaki’.

Williams Martin. Sumber foto Rekod Dunia Guinness

Williams Martin. Sumber foto Rekod Dunia Guinness

“Perkara paling kelakar apabila seseorang tidak tahu apa yang mereka bakal lihat dan saya tiba-tiba datang dekat, kemudian munculkan biji mata saya.

“Mereka bukan setakat tengok, tetapi melompat dua meter ke belakang,” ujarnya sambil ketawa.

Bakat aneh Williams itu menjadikannya popular di media sosial, di mana ramai pengikut meminta dia melakukan aksi tersebut sambil menyebut nama mereka.

Tambahnya, dia seorang yang suka bergurau dan menghiburkan orang.

“Kemahiran ini beri saya ‘pandangan’ yang sangat berbeza dalam hidup,” katanya.

Scroll to Top