Lelaki didakwa amang seksual fizikal anak tiri

Lelaki didakwa amang seksual fizikal anak tiri

am@hmetr0.com.my

Kota Bharu: Lelaki mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas tuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap anak tiri perempuan bawah umur pada Mei dan Julai lalu.

Tertuduh yang juga tukang urut berumur 32 tahun itu membuat pengakuan berkenaan di hadapan Hakim Tengku Shahrizam Tuan Lah.

Mengikut pertuduhan pertama, dia didakwa melakukan perbuatan itu terhadap anak tiri berusia 13 tahun 10 bulan di Bachok pada 7 pagi, sekitar Mei.

Bagi pertuduhan kedua, lelaki itu didakwa melakukan perbuatan berkenaan terhadap mangsa sama sekitar 9 pagi Julai lalu.

Kesalahan didakwa mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 (Akta 792) dibaca bersama Seksyen 16(1), memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun, sebatan, serta penjara lima tahun dan sekurang-kurangnya dua sebatan kerana membabitkan hubungan amanah.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Kamarul Hasyime Rosli, manakala tertuduh diwakili peguam Nik Saiful Adli Burhan dan Che Muhammad Redzuan Jihad.

Mahkamah menetapkan 25 Ogos untuk sebutan semula kes bagi pendengaran permohonan jaminan.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top