Lelaki ditahan KPDNHEP tayang filem di Telegram

Lelaki ditahan KPDNHEP tayang filem di Telegram

Oleh SamadiAhmad

bhnews@bh.com.my

PUTRAJAYA: Seorang lelaki ditahan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) semalam selepas disyaki menyiarkan karya filem tanpa kebenaran pemilik hak cipta melalui aplikasi Telegram.

Pengarah Penguatkuasa KPDNHEP, Azman Adam, berkata lelaki terbabit ditahan dalam serbuan bersama pemilik hak cipta di sebuah rumah di Seremban, Negeri Sembilan hasil risikan kira-kira dua minggu dan maklumat daripada pemilik hak cipta.

Beliau berkata, lelaki berusia 45 tahun itu disyaki melakukan kesalahan mengikut Seksyen 41 Akta Hak Cipta 1987.

“KPDNHEP turut merampas beberapa barang milik suspek termasuk peralatan komunikasi dengan nilai rampasan dianggarkan mencecah RM5,000,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Azman berkata, jika sabitkan kesalahan, suspek boleh dikenakan denda tidak kurang RM10,000 dan tidak lebih RM50,000 atau penjara tidak lebih lima tahun.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top