am@hmetro.com.my
Georgetown: Lelaki ditemukan terbaring dan berlumuran darah berhampiran pusat beli-belah di Lebuh Tek Soon, di sini, hari ini.
Mangsa kemudian disahkan meninggal dunia oleh petugas perubatan di lokasi.
Mangsa yang memakai baju hitam dan seluar denim biru terdahulu ditemukan oleh orang awam.
Turut sama di lokasi ialah pasukan polis dan Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA).
Timbalan Ketua Polis Daerah Timur Laut, Superintendan Lee Swee Sake berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian pada jam 9.10 malam.
Maklumat terbabit mendakwa terdapat individu dipercayai terjun dari bangunan pusat beli-belah berkenaan.
“Mangsa adalah lelaki warga tempatan berumur 47 tahun dan beralamat di Kuala Lumpur.
“Saksi awam memaklumkan bahawa terlihat mangsa terjun dari parkir tingkat atas pusat beli-belah berkenaan,” katanya dalam kenyataan di sini.
Swee Sake berkata, siasatan awal pada badan mangsa dan sekitar tempat kejadian mendapati tiada unsur jenayah.
“Satu Laporan Mati Mengejut (LMM) akan dibuka bagi menjalankan siasatan terhadap kes ini,” katanya.
© New Straits Times Press (M) Bhd




