Lelaki gaduh one by one dedah jaguh karate, akui mabuk sewaktu kejadian

Lelaki gaduh one by one dedah jaguh karate, akui mabuk sewaktu kejadian

Sejak beberapa hari lalu, video lelaki gaduh one by one tular di media sosial apabila netizen merasakan ia seperti satu adegan di dalam filem-filem.

Jelaskan keadaan sewaktu kejadian

Susulan daripada tularnya video berkenaan, lelaki yang terus dihempuk tauke kedai telah tampil bersuara menjelaskan keadaan yang berlaku dari pihaknya.

Dia yang membuat video menggunakan bahasa Tamil memaklumkan yang dirinya mempunyai tali pinggang hitam dalam seni mempertahankan diri karate.

@prabu_360_

real one by one gentleman story! #fyp #viral_video #fypage #foryoupage

♬ original sound – ♤_PRABU_♤ – ♤_PRABU_♤

Lelaki gaduh one by one ada tali pinggang hitam karate

Walaupun ramai yang tidak faham dengan video penjelasan yang dimuat naik satu akaun TikTok dikenali sebagai prabu_360_, apa pihak dari platform X telah memberikan terjemahan berkenaan apa yang diperkatakan lelaki terbabit.

Lelaki itu juga sempat memohon maaf kerana berada dalam keadaan mabuk sewaktu pergaduhan tersebut.

“Dia kata 13 tahun dulu dia ada problem dengan abang Cina tu, sekarang jumpa gaduh balik. Dia ni black belt karate, abang Cina tu black belt taekwondo. Dia minta orang jangan buat lawak pasal dia. Dia minta maaf pasal mabuk, tu je,” tulis seorang lelaki.

Lelaki gaduh one by one sedang berlatih karate

Dalam pada itu, video lelaki India berkenaan sedang berlatih karate juga telah tular di media sosial apabila dia mempamerkan pergerakan seni mempertahankan diri terbabit.

Dapat dilihat lelaki berkenaan memakai baju khusus untuk latihan karate berserta tali pinggang hitam terikat di pinggangnya.

Artikel lain: Tunjuk samseng ajak bertumbuk, lelaki lembik dihempuk tauke kedai

Tak pasti kesahihan penjelasan tersebut

Walau bagaimanapun, kesahihan penjelasan daripada pihak lelaki terbabit tidak dapat dipastikan kebenarannya kerana mungkin ada kisah lain disebalik pergaduhan yang tercetus.

Terdahulu, video pergaduhan antara tauke kedai dengan seorang lelaki telah menjadi perhatian ramai di media sosial sehingga beberapa parodi berkenaan kejadian tersebut dimuat naik di TikTok.

Sumber: TikTok prabu_360_