Di Thread, seorang lelaki secara terbuka membuat pencarian isteri kedua. Dia mengaku baru berusia 30-an dan berpendapatan RM15,000 sebulan.
Dia dikatakan bersedia menyediakan nafkah termasuk rumah, kereta serta perbelanjaan lain kepada bakal isteri keduanya nanti.
Cari isteri kedua, letak syarat umur bawah 35 tahun
Dalam perkongsian tersebut, individu itu mencari calon yang sudi dan tinggal di kawasan Balok dan sekitar.

Antara syarat yang dinyatakan ialah calon mestilah berumur 35 tahun ke bawah. Di akhir perkongsian, dia meminta mana-mana wanita yang berminat untuk menghantar mesej peribadi kepadanya.
Perkongsian itu menerima ratusan komen dan reaksi daripada netizen yang mempunyai pandangan berbeza mengenai isu poligami dan kemampuan kewangan.
Abby Abadi tampil beri teguran
Antara respon yang mencuri perhatian datang daripada pelakon Abby Abadi. Menurut selebriti ini, perkahwinan bukan setakat mampu dari segi kewangan semata-mata.

Malah, wang RM15,000 pada zaman kini adalah kecil berbanding tanggungjawab yang perlu dipikul sebagai seorang suami.
Pssttt! Isu mencari isteri kedua secara terbuka di media sosial sememangnya akan mengundang pelbagai reaksi. Dalam apa jua keputusan berkaitan perkahwinan, soal tanggungjawab, keadilan dan kemampuan sebenar perlu difikirkan secara mendalam. Bukan sekadar cukup duit, tetapi juga cukup matang dan bersedia memikul amanah besar.
Kredit: Thread Abby Abadi
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.




