Lelaki ini tenang tangkap ular sawa, mahir elak dipatuk

Lelaki ini tenang tangkap ular sawa, mahir elak dipatuk

New Delhi: Tular video seorang lelaki yang ‘berani mati’ kerana tanpa gentar menarik ular sawa besar dari terusan.

Menerusi rakaman itu, lelaki terbabit dengan tenang mendekati ular di dalam air.

Walaupun pergerakan ular sawa itu agresif, dia tetap tenang namun berhati-hati menggenggam reptilia itu dan perlahan-lahan membawanya keluar.

Ketika ular cuba mematuk, lelaki berkenaan dengan mahir mengelak serangannya, menunjukkan keyakinan dan kepakaran yang luar biasa.

Kelihatan beberapa gerakan yang tepat pada masanya dan kejayaan mengangkat ular sawa dari terusan menunjukkan keberanian dan ketepatan.

Perkongsian video di Instagram (IG) oleh seorang warganet ‘Vishal Snake Saver’, menarik lebih 36 juta tontonan.

Warganet membanjiri ruangan komen dengan rata-ratanya kagum dengan keberanian lelaki itu.

“Sementara itu, saya memikirkan mengenai ketakutan terhadap lipas, cicak, tikus dan lain-lain. Tabik!” tulis seorang warganet.

“Lelaki ini adalah wira sejati,” tulis seorang lagi warganet di Instagram (IG).

“Lelaki ini mesti seorang profesional. Saya tidak akan mempercayai diri saya sendiri pegang ular sebesar itu,” tulis seorang warganet

Bagaimanapun, sebahagian warganet turut menunjukkan kebimbangan di bahagian komen.

“Saya tidak pasti mengeluarkan ular sawa seperti itu adalah idea terbaik kerana ia berbahaya,” tulis seorang warganet.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top