Lelaki jatuh sungai dikhuatiri lemas

Lelaki jatuh sungai dikhuatiri lemas

am@hmetro.com.my

Alor Setar: Lelaki dikhuatiri lemas, dipercayai terjatuh ke sungai dekat Jalan Kampung Wang Tepus di Bukit Tembaga, dekat Pokok Sena, hari ini.

Ketua Zon 1 Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Penguasa Kanan Bomba I Ahmad Aminuddin Abd Rahim berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 4.35 petang sebelum anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pokok Sena dan Kuala Nerang dikejarkan ke lokasi untuk penyelamatan.

Berdasarkan maklumat, katanya mangsa berusia sekitar 40-an.

“Tindakan awal pencarian dilakukan di permukaan air dan operasi selaman akan dilakukan esok,” katanya melalui kenyataan.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top