Lelaki ‘koyak’ selepas lamaran di stadium ditolak ‘mentah-mentah’ – Utusan Digital

MASSACHUSSETS: Video yang menunjukkan seorang lelaki melamar kekasihnya di hadapan ribuan penonton yang menyaksikan perlawanan besbol di sini menjadi tular.

Hal ini kerana, lamaran lelaki itu ditolak, malah wanita idamannya melarikan diri.

Dalam video tersebut, lelaki itu dilihat melutut dan melamar kekasihnya.

Jelas dapat dilihat, wanita itu terkejut dan tidak selesa dengan lamaran tersebut.

Malah, wanita itu menggelengkan kepalanya sambil menutup muka sebelum lari meninggalkan stadium.

Aksi lamaran itu turut disiarkan di skrin besar stadium berkenaan.

Menurut beberapa saksi, wanita itu kelihatan amat takut selepas dia dilamar sebelum melarikan diri dan dikejar kekasihnya.

Ada yang berpendapat, lelaki itu bertemu dengan wanita yang salah dan perlu berusaha mencari wanita yang benar-benar sepadan dengannya.

Selain itu, ada juga yang menyifatkan lelaki tersebut berdepan dengan ‘situasi paling memalukan dalam hidupnya’.