Lelaki lemas, 4 selamat di Lubuk Merchu

Lelaki lemas, 4 selamat di Lubuk Merchu

am@hmetro.com.my

Shah Alam: Seorang ditemui lemas manakala empat lagi terselamat dalam kejadian di Lubuk Merchu, Bukit Kutu, Kuala Kubu Bharu, Hulu Selangor hari ini.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya menerima panggilan jam 3.59 petang.

Beliau berkata, sepasukan enam anggota dan jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Kubu Bharu bersama lima anggota Pasukan Bomba Sukarela (PBS) dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Menurut laporan awal, terdapat lima mangsa iaitu seorang lelaki dan empat wanita. namun identiti setiap mangsa tidak dapat dikenal pasti.

“Mangsa lelaki tidak sedarkan diri manakala empat lagi selamat,” katanya dalam satu kenyataan, malam ini.

Ahmad Mukhlis berkata, ketika ini kerja-kerja membawa mangsa turun sedang dijalankan.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top