Lelaki maut dibunuh selepas bergaduh dengan rakan sekerja

Lelaki maut dibunuh selepas bergaduh dengan rakan sekerja

mhafis@mediaprima.com.my

Kuala Lumpur: Lelaki maut dibunuh selepas bergaduh dengan rakan sekerja di sebuah kedai besi buruk di Jalan 1/18B, Kampung Batu, Off Jalan Ipoh, di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Ahmad Sukarno Mohd Zahari berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada pemilik premis pada 11.33 malam yang memaklumkan pergaduhan antara dua pekerjanya.

Menurutnya, mangsa berusia 37 tahun yang juga warga tempatan dipercayai terbabit pertengkaran dengan seorang lelaki warga Myanmar ketika mabuk.

“Pasukan forensik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur bersama Unit Anjing Pengesan (K9) Bukit Aman dan anggota siasatan hadir ke lokasi.

“Pemeriksaan awal mendapati mangsa tidak berbaju dan memegang parang di tangan kiri.

“Terdapat kesan kecederaan pada bahu kanan, kepala bahagian kiri, leher, dagu kiri serta kesan lubang di bahu mangsa,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Menurutnya, siasatan awal mendapati sebelum kejadian, mangsa dan suspek dipercayai minum minuman keras bersama di premis berkenaan sebelum berlaku pertengkaran.

“Suspek melarikan diri selepas insiden dan kini sedang diburu.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh,” katanya.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top